Jumaat, 24 April 2009

WANITA

Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu nak meluruskan mereka.Tidak masuk akal, kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjukkan oleh Allah s.n.w kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan oleh-Nya.JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, itulah kuncinya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK . Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, Presiden, Perdana Menteri ataupun "women gladiator".Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan suatu diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yg mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan "anyone" lain. Tidak akan lahir "superman" tanpa "superwoman" . Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak pula menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan. LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI, SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apatah lagi mengenal lelaki. Kini bukan sahaja ramai bos telah kehilangan setiausaha, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju kejalan Allah, PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI .

Rabu, 22 April 2009

Buku oh buku...







ah!buku yg dah 4 tahun aku beli tp suku pun aku blm abis baca lagi...bukunya bagus byk support semasa aku sgt2 tertekan..byk nasihat dan menenangkan jiwa...tapi nape la aku tak abis baca lagi ek?...confius aku!!!...kdg2 nak baca buku motivasi ni kena tenang...feel kena cantik!!!baru meresap ke urat saraf..ntah laaaa..latest aku baca masa kak ngah sakit..dan akhirnya masa menghadapi saat2 kehilangan dia aku rasa sgt2 positif..aku blh terima kenyataan...nnt je la aku cari masa abiskan baca buku ni...amin....

Khamis, 16 April 2009

Oh tanganku!!!

Ari tu cikgu tadika mnta ajar bdk2 main netball ( yg benonya aku dah pencen main netball ni )..aku pn on je lah..smlm pnya la excited ngajo bdk2 ni..alih-alih aku terjatuh..nah kau!baik pnya tergolek..( moral the story sblm bersukan streching dulu maaa..)..tgn kiri aku rasa sakit semcm....mlm mr mama urutkan..sakitnya mnta ampun!..masa ni la nak memanja ngan mr mama...hehehhehe..thanks bro!...sayang jgak awak kat saya ye...hehehheheh...tapi dlm manje2 tu kena jgak le bebel ngan mr mama..td aku suggest kat ckgu tak yah main netball..sruh bdk2 senam aerobik..peh!baik punya ayat..ckgu sruh aku plak buat reka pergerakannya...yolah tu...mlm ni aku bkak buku balik cari idea nak dera bdk2 tu beraerobik...hhehehheheh..jaga korang!!!!!

Rabu, 8 April 2009

Kehilangan yang aku rasai..

Sedih..pilu..tatkala menatap sekujur tubuh yg dah tiada…aku tidak menatap wajahnya..biarlah hanya wajahnya yg manis aku ingati..tak dapat lah aku melewati hari-hari tua bersamanya….hari ini…aku masih pilu…masih mengenangkan dia..ayat yg terakhir aku ucapkan pada dia..sbb sblm dia koma aku yg terakhir berckp dgnnya..masih teringatkan pesanan dia tatkala aku sedih dan bengang dgn seseorg…… “ orang bagi ambik tapi jgn minta.”…dulu bila aku bengang atau ada hot story aku mesti cari dia…aku ssh hati aku cari dia…aku gembira aku cari dia…aku tak tau masak aku tanya dia…tapi skrg dia dah tiada…aku redha..Cuma ambk masa nak terima hakikat…sbb dia menyusul mak yg pergi dulu 6 tahun lalu…sejak dia pergi aku sunyi…sunyi yg teramat sgt…ruang kosong di hati aku bertambah lagi..dulu mak..kini dia..ruang kosong yang tidak mampu di isi oleh mana2 insan…biarlah ianya kosong…Genap 44 hari..bapa mertua ku pula pergi mengadap Illahi…ah!..hebat btl dugaan yg aku terima..org2 yg aku sayang 1 persatu melunaskan janjinya pada Illahi..

Bapak..kami kehilangan korum forum blkg rumah..mesti riuh-rendah bila masing2 dah ddk kat port..kami berbual..ketawa..menyakat..mengumpat..tapi rutin tu masih kami lalui tapi tanpa bapa mertuaku selaku pengerusi majlis..hambar..mujur dihari2 terakhirnya aku diberi kesempatan meluangkan masa untuknya…aku redha…tempoh hari aku termimpikan dia..ah!kacaknya dia..manis wajahnya..harap2 dia bahagia di sana…

Hari-hari yang melelahkan….

Melewati hari-hari yang melelahkan….bermula dari awal tahun hingga ke awal April ni…blh dikira berapa jam aku ddk kat rumah melakukan rutin2 harian aku ( tido..tido..tido..tido…)…Januari..membiasakan diri dgn rutin baru..menguruskan persekolahan Iqbal & Zairi…Februari..bapa mertua ( arwah ) dimasukkan ke HKT..1 minggu kami berulang alik ke HKT menjenguk arwah…akhirnya 13 Februari dia menghembus nafas yg terakhir di sisi mak mertua ku…beruntungnya arwah dpt meninggal di hari Jumaat…rezeki dia..Mac..ingat dpt lah rileks skit…cuti skola 1 minggu dah rncang nak gi piknik…sbb Pika cuti semester..ehm..keje menimbun…cancel…April kena buat pameran di Pesta Air di Tg Balau..ah!memenatkan…dan hari ni cuti besday Sultan tekak aku terasa sakit ( tanda2 awl agar aku berehat ) baru aku terfikir dah lama aku tak berehat..Bila la nak dpt cuti pjg ek?..blh dgn cara…menambah korum ahli pesilat aku…ehm..ehm..tp mr mama tak ready lg..jeles je ngan intan dah nak tambah family baru ( harap2 gegirl ye ck intan!)…hati meronta2..apa kan daya..semuanya mr mama yg handle..redha je lah…

Rabu, 18 Mac 2009

SUAMIKU.....

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

HAPPENS FOR A REASON

Read Each One Carefully and Think About It a Second or Two

1. I love you not because of who you are, but because of who I am when I am with you.

2. No man or woman is worth your tears, and the one who is, won't make you cry.

3. Just because someone doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with all they have.

4. A true friend is someone who reaches for your hand and touches your heart.

5. The worst way to miss someone is to be sitting right beside them knowing you can't have them.

6. Never frown, even when you are sad, because you never know who is falling in love with your smile.

7. To the world you may be one person, but to one person you may be the world.

8. Don't waste your time on a man/woman, who isn't willing to waste their time on you.

9. Maybe God wants us to meet a few wrong people before meeting the right one, so that when we finally meet the person, we will know how to be grateful.

10. Don't cry because it is over, smile because it happened.

11. There's always going to be people that hurt you so what you have to do is keep on trusting and just be more careful about who you trust next time around.

12. Make yourself a better person and know who you are before you try and know someone else and expect them to know you.

13. Don't try so hard, the best things come when you least expect them to.

REMEMBER: WHATEVER HAPPENS, HAPPENS FOR A REASON.