Isnin, 28 Disember 2009

Jalan-Jalan ke Langkawi...

di gunung mat cincang
710 meter dr paras laut...

dlm cable car..mcm tkut je..

kat umah mahsuri...

tkt btol jatuh....

pelik..nape bsr sgt btol ni...pkai sethun x abis2..

Mcm pelik je tgok batu tu




Atas bot tgok Kilim Geoforest Park...
My best shoot....burung helang tgh terbang..

My lovely sister...apasal aku rndah sgt...

kat rakit pak su..

















Khamis, 26 November 2009






















13 November 2009,Muhammad Khuzairi genap 6 tahun..selamat hari lahir sayang!..umi n ayah sayang sgt kat adik!...abang jgn jeles ek!next month besday abang plak..tapi may be kita sambut awal la..sbb masa besday abang tu umi tak de...whatever anak2 aku dah bsr2..mcm x caya je..rasa penat nak melayan kerenah diorg masa baby dulu mcm lum hilang lagi..alih2 dah nk jd org bujang diorg ni...hai!berbaloi..baloi...

alhamdullilah..exam akhir tahun anak2 aku semuanya dpt keputusan cemerlang...syukurlah..mujur aku cepat sedar dgn kecuaian aku sndri..c khuzairi dapat msk 1 bestari...tahniah ye..chaiyok!!!!

next month..bermula la episod hidup aku sbg bdk skola..hehheheheh..dah tuo blaja lagi...x pe la..rezeki nak blaja datang lambat..better than never...

chaiyok!!!!

Selasa, 20 Oktober 2009

Sekadar Renungan

Kata ustaz
Kita ini semuanya sama
Tiada beza yang tua mahupun yang muda
Jangan menyombong atau takbur
Sesama manusia
Sekalipun kita berpangkat atau berilmu
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama

Kata ustazJ
angan kita hina orang yang lemah
Yang kurang berada
Mahupun yang kurang paras rupa
Tiada beza yang mengerjakan sawah
Mahupun yang membina perumahan mewah
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama

Kata ustaz lagi
Jangan kita hina
Budak kecil yang comot lagi berhingus
Kerana dia tiada dosa
Sedangkan kita
Setiap waktu dan ketika
Memenuhi hati kita
Dengan titik-titik noda
Dalam tidur, dalam jaga

Akhirnya ustaz berpesan,
Ingatlah!
Kita manusia semuanya adalah sama
Yang membezakan kita
Hanyalah AMAL dan TAQWA
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH?
Peliharalah dirimu
Agar tidak dinodai dengan suasana
Sesungguhnya dirimu
Ada harga diri Yang tidak ternilai mahalnya

Selasa, 13 Oktober 2009

Raya yang blur!!!

Lain rasanya raya thn ni….aku raya ngan pika je…gi kubur..gi kledang..gi sg mas..balik tgok tv..tu je…aku rasa sunyi di dlm keriuhan..ada kah aku terlalu mengikut perasaan atau mmg raya ni lain dari kebiasaan…

Raya yang aku kira aku dah tak berperasaan lagi...ntah mana peginya rasa ghairah aku nak raya....kalau aku raya pun sbb Iqbal n Zairi..tak nak menghampakan anak2..tak nak anak2 aku rasa janggal tak raya mcm org lain.tak de pengalaman beraya..nnt nak share crite ngan kwn2 cam ne...

Yang aku tau aku hanya ada perasaan penat je....sedih???tak de kot...ntah laaa..makin lama aku ni jd org yang tak de perasaan lagi gak nya...

Di mana silapnya????

Cuma yg best..aku byk gi open house…dlm berdiet..( ehm..ehm..badan dah naik berkilo2 weh!! ) aku layankan jgk…smpi ada yg merajuk aku x dtg umah dia..( sorry eh! )…open house umah aku?..rasanya x kot…nnt rmai yg bertanya soalan “cepu cemas”..apo den jawab!!..

Dan yang x bestnya aku x de gambo raya thn ni….huhuhuhuu….

Selasa, 25 Ogos 2009

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

Andai Kau Tahu Ini Ramadhan Terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai Kau Tahu Ini Ramadhan Terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
Andai Kau Tahu Ini Ramadhan Terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Andai Kau Tahu Ini Ramadhan Terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
Andai Kau Tahu Ini Ramadhan Terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman....tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia....meminta belas-NYA

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq

Seribu senyuman
belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci

membina mengambil masa
meruntuh sekelip mata
Selamat Menyambut Ramadhan.
Semoga Ramadhan AL MUBARAQ INI membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina….



SEMOGA RAMADHAN YANG BAKAL MENJELMA AKAN LEBIH BERERTI
DLM APA JUA AMALAN YANG KITA LAKUKAN..

Puasa oh! Puasa

Esok puasa...eheheheh..mcm2 rasa..seronok..sedih..teruja..tapi yg sgt2 teruja c zairi...first time nak blaja puasa..siap tulis niat puasa kat kertas lagi!..ari2 tanya kat aku bile puasa...ntah mcmane la ragam dia esok..

yang sedihnya...la ni puasa tanpa kak ngah...kena biasa2kan diri...ni baru nak raya..nnt nak raya cam ne plak perasaan aku...

yang seronok..puasa ada berbagai2 makanan yg blh dibeli dan dimakan...best!!

hai!ntah la...

selamat berpuasa!!!!!!!!!!!

Isnin, 10 Ogos 2009

Iqbal sayang........

Mula2 mr mama demam...pas tu c iqbal take over....sihat sikit..jangkit ke zairi...zairi sihat..iqbal demam lagi..kali ni demam agak panas dan membuatkan aku panik....aku dpt info kat area sini dah ada yg kena H1N1...minta dijauhkan dr penyakit tu...
Iqbal yg ceria..yg keletah...yg selalu cari pasal ngan aku...yg selalu aku buli suruh wat keje rumah...la ni terbaring je...merengek2...gundah gulana hati aku...masa ni aku hanya bulatkan hati berserah pada ALLAH..
Jgn la Kau uji aku lagi Ya Allah!..tak tertanggung rasanya merasai sebuah kehilangan..aku masih belum puas memanjakan dia..dia mengajar dan membentuk aku menjadi insan yang lebih baik..dari dia aku belajar erti hidup..aku merasai susah demi membesarkan dia...melihat dia membesar bagai melihat diri aku dan mr mama di dalam dirinya...
abang..umi doakan abang cepat sembuh...umi sayang abang..sayang sangat...

Khamis, 2 Julai 2009

WAHAI WANITA....

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin ataubertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita.......

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknyadaripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulangke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikatdan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam harikerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akanmendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat padasuami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa padasiang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat padamalam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahunsolat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnyaAllah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepasbersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akanmendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akankhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknyayang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahunsolat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akanmendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicitsuami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaansuaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akanmendapat pahala 80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untukmenjejak Syurga.Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurgasebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingathendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yangbelum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepadakemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebabdipertengahan jalan kita bertemu Izrail.Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajammencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yangtumpul.Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macamtembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

  • Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki keranasifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  • Nilai Seorang wanita solehah Di bawah ini adalah beberapa petikan hadis yangmenyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akanmemberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islamdalam erti kata yang sebenarnya.Insya - ALLAH.
  • "Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".Ath-Thabrani.
  • "Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan hartasuaminya".Ibnu-majah.
  • "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"Ibnu - Majah.

Selasa, 30 Jun 2009

Report card Iqbal n Zairi

Mengambil report card anak-anak membuatkan aku teruja….tapi bile dah tgok keputusannya…aku rasa nak pengsan….rasa agak hampa….semuanya merosot….kesian anak-anak aku…aku tak salah kan diorg…aku tak bagi tumpuan pada diorg…aku sibuk dgn masalah aku..keje aku..anak-anak terkena tempiasnya….tapi aku bangkit dgn azam baru..anak-anak tak perlu terbiar..aku n mr mama akan memberikan tumpuan yg terbaik pada mereka…agar satu hari nnt akan jadi anak-anak yg kami bangga kan…

Maaf kan umi sayang….

Jumaat, 19 Jun 2009

WAHAI SUAMI................

PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI YANG DISAYANG..
  1. 1. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  2. 2. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali2 kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.
  3. 3. JAGALAH MARUAH ANDA SEBAGAI SUAMI DAN LELAKI. SELAGI BOLEH, JANGAN BEBANKAN ISTERI DENGAN MASALAH KEWANGAN ANDA. SELALUNYA PEREMPUAN NI SEMAKIN SUAMI "DEGIL" TAK NAK MINTA PERTOLONGAN, SELAGI ITULAH DIA RELA NAK TOLONG (LAINLAH KALAU ANDA KAHWIN DENGAN PEREMPUAN KEDEKUT).
  4. 4. JANGAN BERSEPAH DAN BERSIKAP PENGOTOR. DAH BUKA BAJU, LETAKKAN DALAM BAKUL BAJU KOTOR, DAH CUNGKIL GIGI, BUANGLAH DALAM BAKUL SAMPAH, BILA DAH GUNA UBAT GIGI, BUBUH BALIK PENUTUPNYA, DAH AMBIL SESUATU BARANG, SIMPAN BALIK DI TEMPAT ASAL. SUSAH SANGAT KE NAK BUAT MACAM TU? SEMUA NAK KENA AJAR KE?
  5. 5. Rajin2lah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  6. 6. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.1
  7. 7. JANGAN MAIN KAYU TIGA. MAIN LAIN LAGI TAK BOLEH. KALAU ISTERI ANDA YANG BUAT, TENTU ANDA TAK BOLEH NAK BERTOLAK ANSUR. JADI MENGAPA ISTERI ANDA KENA BERTOLAK ANSUR KALAU ANDA BUAT..?
  8. 8. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat2lah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
  9. 9. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
  10. 10. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

SELAMAT BERBAHAGIA DAN BERSAMA MEMPERBAIKI KEKURANGAN YANG ADA DALAM DIRI.. WASSALAM


SHARING IS EVERYTHING!
PETIKAN RENCANA SUMBER MW JAN 06

Jumaat, 15 Mei 2009

Poems written by husband to wife

I wrote your name in air, it was blown away.
thenI wrote your name on my heart & i got Heart Attack.
******
God saw me hungry, he created pizza .
He saw me thirsty, he created Pepsi .
He saw me in dark, he created light .
He saw me without problems, he created YOU.
******
Twinkle Twinkle little star
You should know what you are
And once you know what you are
Mental hospital is not so far.
******
The rain makes all things beautiful.
The grass and flowers too.
If rain makes all things beautiful
why doesn't it rain on you?
******
Roses are red,
Violets are blue
monkeys like u should be kept in zoo.
Don't feel so angry you will find me there too
not in cage but laughing at you.
************

Jumaat, 24 April 2009

WANITA

Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu nak meluruskan mereka.Tidak masuk akal, kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjukkan oleh Allah s.n.w kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan oleh-Nya.JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, itulah kuncinya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK . Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, Presiden, Perdana Menteri ataupun "women gladiator".Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan suatu diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yg mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan "anyone" lain. Tidak akan lahir "superman" tanpa "superwoman" . Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak pula menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan. LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI, SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apatah lagi mengenal lelaki. Kini bukan sahaja ramai bos telah kehilangan setiausaha, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju kejalan Allah, PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI .

Rabu, 22 April 2009

Buku oh buku...







ah!buku yg dah 4 tahun aku beli tp suku pun aku blm abis baca lagi...bukunya bagus byk support semasa aku sgt2 tertekan..byk nasihat dan menenangkan jiwa...tapi nape la aku tak abis baca lagi ek?...confius aku!!!...kdg2 nak baca buku motivasi ni kena tenang...feel kena cantik!!!baru meresap ke urat saraf..ntah laaaa..latest aku baca masa kak ngah sakit..dan akhirnya masa menghadapi saat2 kehilangan dia aku rasa sgt2 positif..aku blh terima kenyataan...nnt je la aku cari masa abiskan baca buku ni...amin....

Khamis, 16 April 2009

Oh tanganku!!!

Ari tu cikgu tadika mnta ajar bdk2 main netball ( yg benonya aku dah pencen main netball ni )..aku pn on je lah..smlm pnya la excited ngajo bdk2 ni..alih-alih aku terjatuh..nah kau!baik pnya tergolek..( moral the story sblm bersukan streching dulu maaa..)..tgn kiri aku rasa sakit semcm....mlm mr mama urutkan..sakitnya mnta ampun!..masa ni la nak memanja ngan mr mama...hehehhehe..thanks bro!...sayang jgak awak kat saya ye...hehehheheh...tapi dlm manje2 tu kena jgak le bebel ngan mr mama..td aku suggest kat ckgu tak yah main netball..sruh bdk2 senam aerobik..peh!baik punya ayat..ckgu sruh aku plak buat reka pergerakannya...yolah tu...mlm ni aku bkak buku balik cari idea nak dera bdk2 tu beraerobik...hhehehheheh..jaga korang!!!!!

Rabu, 8 April 2009

Kehilangan yang aku rasai..

Sedih..pilu..tatkala menatap sekujur tubuh yg dah tiada…aku tidak menatap wajahnya..biarlah hanya wajahnya yg manis aku ingati..tak dapat lah aku melewati hari-hari tua bersamanya….hari ini…aku masih pilu…masih mengenangkan dia..ayat yg terakhir aku ucapkan pada dia..sbb sblm dia koma aku yg terakhir berckp dgnnya..masih teringatkan pesanan dia tatkala aku sedih dan bengang dgn seseorg…… “ orang bagi ambik tapi jgn minta.”…dulu bila aku bengang atau ada hot story aku mesti cari dia…aku ssh hati aku cari dia…aku gembira aku cari dia…aku tak tau masak aku tanya dia…tapi skrg dia dah tiada…aku redha..Cuma ambk masa nak terima hakikat…sbb dia menyusul mak yg pergi dulu 6 tahun lalu…sejak dia pergi aku sunyi…sunyi yg teramat sgt…ruang kosong di hati aku bertambah lagi..dulu mak..kini dia..ruang kosong yang tidak mampu di isi oleh mana2 insan…biarlah ianya kosong…Genap 44 hari..bapa mertua ku pula pergi mengadap Illahi…ah!..hebat btl dugaan yg aku terima..org2 yg aku sayang 1 persatu melunaskan janjinya pada Illahi..

Bapak..kami kehilangan korum forum blkg rumah..mesti riuh-rendah bila masing2 dah ddk kat port..kami berbual..ketawa..menyakat..mengumpat..tapi rutin tu masih kami lalui tapi tanpa bapa mertuaku selaku pengerusi majlis..hambar..mujur dihari2 terakhirnya aku diberi kesempatan meluangkan masa untuknya…aku redha…tempoh hari aku termimpikan dia..ah!kacaknya dia..manis wajahnya..harap2 dia bahagia di sana…

Hari-hari yang melelahkan….

Melewati hari-hari yang melelahkan….bermula dari awal tahun hingga ke awal April ni…blh dikira berapa jam aku ddk kat rumah melakukan rutin2 harian aku ( tido..tido..tido..tido…)…Januari..membiasakan diri dgn rutin baru..menguruskan persekolahan Iqbal & Zairi…Februari..bapa mertua ( arwah ) dimasukkan ke HKT..1 minggu kami berulang alik ke HKT menjenguk arwah…akhirnya 13 Februari dia menghembus nafas yg terakhir di sisi mak mertua ku…beruntungnya arwah dpt meninggal di hari Jumaat…rezeki dia..Mac..ingat dpt lah rileks skit…cuti skola 1 minggu dah rncang nak gi piknik…sbb Pika cuti semester..ehm..keje menimbun…cancel…April kena buat pameran di Pesta Air di Tg Balau..ah!memenatkan…dan hari ni cuti besday Sultan tekak aku terasa sakit ( tanda2 awl agar aku berehat ) baru aku terfikir dah lama aku tak berehat..Bila la nak dpt cuti pjg ek?..blh dgn cara…menambah korum ahli pesilat aku…ehm..ehm..tp mr mama tak ready lg..jeles je ngan intan dah nak tambah family baru ( harap2 gegirl ye ck intan!)…hati meronta2..apa kan daya..semuanya mr mama yg handle..redha je lah…

Rabu, 18 Mac 2009

SUAMIKU.....

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

HAPPENS FOR A REASON

Read Each One Carefully and Think About It a Second or Two

1. I love you not because of who you are, but because of who I am when I am with you.

2. No man or woman is worth your tears, and the one who is, won't make you cry.

3. Just because someone doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with all they have.

4. A true friend is someone who reaches for your hand and touches your heart.

5. The worst way to miss someone is to be sitting right beside them knowing you can't have them.

6. Never frown, even when you are sad, because you never know who is falling in love with your smile.

7. To the world you may be one person, but to one person you may be the world.

8. Don't waste your time on a man/woman, who isn't willing to waste their time on you.

9. Maybe God wants us to meet a few wrong people before meeting the right one, so that when we finally meet the person, we will know how to be grateful.

10. Don't cry because it is over, smile because it happened.

11. There's always going to be people that hurt you so what you have to do is keep on trusting and just be more careful about who you trust next time around.

12. Make yourself a better person and know who you are before you try and know someone else and expect them to know you.

13. Don't try so hard, the best things come when you least expect them to.

REMEMBER: WHATEVER HAPPENS, HAPPENS FOR A REASON.

Isnin, 2 Mac 2009

Bacalah...

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..

2) kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak...

3) kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..

9) kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik.

10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. .

bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis. Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

Read Each One Carefully and Think About It a Second or Two


1. I love you not because of who you are, but because of who I am when I am with you.

2. No man or woman is worth your tears, and the one who is, won't make you cry.

3. Just because someone doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with all they have.

4. A true friend is someone who reaches for your hand and touches your heart.

5. The worst way to miss someone is to be sitting right beside them knowing you can't have them.

6. Never frown, even when you are sad, because you never know who is falling in love with your smile.

7. To the world you may be one person, but to one person you may be the world.

8. Don't waste your time on a man/woman, who isn't willing to waste their time on you.

9. Maybe God wants us to meet a few wrong people before meeting the right one, so that when we finally meet the person, we will know how to be grateful.

10. Don't cry because it is over, smile because it happened.

11. There's always going to be people that hurt you so what you have to do is keep on trusting and just be more careful about who you trust next time around.

12. Make yourself a better person and know who you are before you try and know someone else and expect them to know you.

13. Don't try so hard, the best things come when you least expect them to.

REMEMBER: WHATEVER HAPPENS, HAPPENS FOR A REASON.

Before & After

Before marriage.... .
He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: No! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course! Over and over!
She: Have you ever cheated on me?
He: No! Why are you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Every chance I get.
She: Will you hit me?
He: Are you crazy! I'm not that kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.
She: Darling!
After marriage....
Simply read from bottom to top.

Selasa, 24 Februari 2009

Cerita Superman...petua tercekik tulang..

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. Ñ×utang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!!
Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah.. "
Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer..."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..
Semuanya dari Allah!!!
He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.
PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat)

Doa Isteri

Doa isteri

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu

Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku

Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah

Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku

Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya
Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil

Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allaha yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,
Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha

Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah

Puisi Suami Isteri

Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu.....
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII...
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah...!!!

Isnin, 23 Februari 2009


Friends remains and never can end....

Bila Allah...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

IBU..IBU..IBU...

Orang kata aku lahir dari perut ibu..Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu...Bila lapar, yang suapkan aku..ibu... Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu...Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!...Bila bangun tidur, aku cari.. ibu...Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu.. Bila nak bermanja... aku dekati ibu...Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu...Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu...Bila nakal, yang memarahi aku... ibu... Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu...Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu...Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu...Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu..Aku selalu teringatkan ..Ibu...Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu...Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu...Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu...Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! " Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu...Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu...Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu...Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu...Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu...Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu....Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu....Yang selalu berleter kat aku.. Ibu...Yang selalu puji aku.. Ibu....Yang selalu nasihat aku.. Ibu...Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu...Aku ada pasangan hidup sendiri...Bila seronok... aku cari pasanganku...Bila sedih... aku cari Ibu...Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku...Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu..Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku..Bila berduka, aku peluk erat Ibuku ..Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku..Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu..Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku...Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu... aku ingat pasanganku...Selalu... Ibu ingat kat aku...Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku...Entah bila.. aku nak talipon Ibu...Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku...Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku....Renungkan:Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.ingatlah pengorbanan ibuuuuu....