Andai Kau Tahu Ini Ramadhan Terakhir
Jika Allah selalu bersamamu,maka siapa yg harus engkau takuti?.. Sebaliknya,jika Allah menjadi musuhmu,maka kepada siapa engkau akan berharap...
Selasa, 25 Ogos 2009
ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
Andai Kau Tahu Ini Ramadhan Terakhir
Jumaat, 21 Ogos 2009
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq
membina mengambil masa
Semoga Ramadhan AL MUBARAQ INI membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina….
SEMOGA RAMADHAN YANG BAKAL MENJELMA AKAN LEBIH BERERTI
Puasa oh! Puasa
yang sedihnya...la ni puasa tanpa kak ngah...kena biasa2kan diri...ni baru nak raya..nnt nak raya cam ne plak perasaan aku...
yang seronok..puasa ada berbagai2 makanan yg blh dibeli dan dimakan...best!!
hai!ntah la...
selamat berpuasa!!!!!!!!!!!
Isnin, 10 Ogos 2009
Iqbal sayang........
Khamis, 2 Julai 2009
WAHAI WANITA....
Bismillah-ir Rahman-ir Rahim
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin ataubertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita.......
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknyadaripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulangke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikatdan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam harikerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akanmendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat padasuami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa padasiang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat padamalam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahunsolat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnyaAllah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepasbersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akanmendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akankhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknyayang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahunsolat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akanmendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicitsuami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaansuaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akanmendapat pahala 80 tahun ibadat.
Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untukmenjejak Syurga.Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurgasebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingathendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yangbelum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepadakemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebabdipertengahan jalan kita bertemu Izrail.Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajammencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yangtumpul.Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macamtembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,kaki, badan,etc... .
Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;Januari 1992.
Hadis nabi mengenai wanita.
- Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki keranasifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
- Nilai Seorang wanita solehah Di bawah ini adalah beberapa petikan hadis yangmenyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akanmemberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islamdalam erti kata yang sebenarnya.Insya - ALLAH.
- "Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".Ath-Thabrani.
- "Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan hartasuaminya".Ibnu-majah.
- "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"Ibnu - Majah.
Selasa, 30 Jun 2009
Report card Iqbal n Zairi
Maaf kan umi sayang….
Jumaat, 19 Jun 2009
WAHAI SUAMI................
- 1. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
- 2. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali2 kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.
- 3. JAGALAH MARUAH ANDA SEBAGAI SUAMI DAN LELAKI. SELAGI BOLEH, JANGAN BEBANKAN ISTERI DENGAN MASALAH KEWANGAN ANDA. SELALUNYA PEREMPUAN NI SEMAKIN SUAMI "DEGIL" TAK NAK MINTA PERTOLONGAN, SELAGI ITULAH DIA RELA NAK TOLONG (LAINLAH KALAU ANDA KAHWIN DENGAN PEREMPUAN KEDEKUT).
- 4. JANGAN BERSEPAH DAN BERSIKAP PENGOTOR. DAH BUKA BAJU, LETAKKAN DALAM BAKUL BAJU KOTOR, DAH CUNGKIL GIGI, BUANGLAH DALAM BAKUL SAMPAH, BILA DAH GUNA UBAT GIGI, BUBUH BALIK PENUTUPNYA, DAH AMBIL SESUATU BARANG, SIMPAN BALIK DI TEMPAT ASAL. SUSAH SANGAT KE NAK BUAT MACAM TU? SEMUA NAK KENA AJAR KE?
- 5. Rajin2lah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
- 6. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.1
- 7. JANGAN MAIN KAYU TIGA. MAIN LAIN LAGI TAK BOLEH. KALAU ISTERI ANDA YANG BUAT, TENTU ANDA TAK BOLEH NAK BERTOLAK ANSUR. JADI MENGAPA ISTERI ANDA KENA BERTOLAK ANSUR KALAU ANDA BUAT..?
- 8. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat2lah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
- 9. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
- 10. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!
SELAMAT BERBAHAGIA DAN BERSAMA MEMPERBAIKI KEKURANGAN YANG ADA DALAM DIRI.. WASSALAM
SHARING IS EVERYTHING!
PETIKAN RENCANA SUMBER MW JAN 06