Selasa, 20 Oktober 2009

Sekadar Renungan

Kata ustaz
Kita ini semuanya sama
Tiada beza yang tua mahupun yang muda
Jangan menyombong atau takbur
Sesama manusia
Sekalipun kita berpangkat atau berilmu
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama

Kata ustazJ
angan kita hina orang yang lemah
Yang kurang berada
Mahupun yang kurang paras rupa
Tiada beza yang mengerjakan sawah
Mahupun yang membina perumahan mewah
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama

Kata ustaz lagi
Jangan kita hina
Budak kecil yang comot lagi berhingus
Kerana dia tiada dosa
Sedangkan kita
Setiap waktu dan ketika
Memenuhi hati kita
Dengan titik-titik noda
Dalam tidur, dalam jaga

Akhirnya ustaz berpesan,
Ingatlah!
Kita manusia semuanya adalah sama
Yang membezakan kita
Hanyalah AMAL dan TAQWA
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH?
Peliharalah dirimu
Agar tidak dinodai dengan suasana
Sesungguhnya dirimu
Ada harga diri Yang tidak ternilai mahalnya

Selasa, 13 Oktober 2009

Raya yang blur!!!

Lain rasanya raya thn ni….aku raya ngan pika je…gi kubur..gi kledang..gi sg mas..balik tgok tv..tu je…aku rasa sunyi di dlm keriuhan..ada kah aku terlalu mengikut perasaan atau mmg raya ni lain dari kebiasaan…

Raya yang aku kira aku dah tak berperasaan lagi...ntah mana peginya rasa ghairah aku nak raya....kalau aku raya pun sbb Iqbal n Zairi..tak nak menghampakan anak2..tak nak anak2 aku rasa janggal tak raya mcm org lain.tak de pengalaman beraya..nnt nak share crite ngan kwn2 cam ne...

Yang aku tau aku hanya ada perasaan penat je....sedih???tak de kot...ntah laaa..makin lama aku ni jd org yang tak de perasaan lagi gak nya...

Di mana silapnya????

Cuma yg best..aku byk gi open house…dlm berdiet..( ehm..ehm..badan dah naik berkilo2 weh!! ) aku layankan jgk…smpi ada yg merajuk aku x dtg umah dia..( sorry eh! )…open house umah aku?..rasanya x kot…nnt rmai yg bertanya soalan “cepu cemas”..apo den jawab!!..

Dan yang x bestnya aku x de gambo raya thn ni….huhuhuhuu….